top of page
Amanah adalah satu tanggungjawab yang wujud apabila seseorang atau satu entiti yang sah (yang dikenali sebagai pembuat amanah) memindahkan hak pemilikan asetnya secara sah kepada mana-mana orang atau beberapa orang (dikenali sebagai pemegang amanah) untuk memegang harta tersebut bagi kepentingan benefisiarinya samada individu atau sebaliknya. Pemegang Amanah menjadi pemilik yang sah bagi aset amanah apabila aset tersebut dipindahkan kepada mereka. Selepas itu benefisiari menjadi pemilik yang bermanfaat ke atas aset amanah tersebut.
​
Secara ringkasnya, amanah adalah hak ke atas harta, samada harta tak alih atau sebaliknya, yang di pegang oleh satu pihak untuk kepentingan pihak yang lain.
​
Bentuk-bentuk Amanah
Amanah boleh wujud dalam salah satu daripada tiga bentuk, dinamakan:
-
Amanah Wasiat (iaitu amanah yang dibina di dalam Wasiat dan ia akan berkuatkuasa selepas kematian pembuat Wasiat).
-
Amanah Statutori (iaitu amanah yang dibina secara automatik oleh undang-undang. Contoh bagi Amanah Statutori ialah jika simati meninggal dunia dan mempunyai benefisiari kanak-kanak samada dia membuat Wasiat atau tiada Wasiat).
-
Amanah Hidup (iaitu amanah yang dibina oleh pembuat Amanah ketika hidup dan ia berkuatkuasa segera apabila ikatan amanah ditandatangani oleh pembuatnya dan harta di serahkan kepada Pemegang Amanah).
​
Melalui konsep hibah (iaitu pemberian menurut Islam) konsep Amanah menurut Islam boleh digunakan untuk pelbagai tujuan termasuklah untuk pendidikan dan saraan hidup. Ia merupakan alat atau cara yang mustahak di dalam Perancangan Harta Islam.
Di as-Salihin kami menawarkan perkhidmatan Pemegang Amanah yang benar-benar menurut Islam dan komprehensif di dalam bidang-bidang berikut:
-
Pendidikan
-
Saraan Hidup
-
Korporat
-
Kebajikan
-
Insurans
-
Takaful/Insurans
bottom of page